Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Sunday, July 4, 2010

end of travelog series - sampai KL pukul 11 pagi


Ah.. kenangan terakhir bersama adik ku.. bakal doktor, insyaAllah. Moga kamu tabah di sana. 



Seronok lah adik aku..... boleh pergi Mydin setiap minggu. Hehehe..

Ah... laju lah ayah aku bawa kereta. Kang tak pasal-pasal dapat saman PDRM. Sejurus sampai rumah tadi, aku terus masuk laman MYEG.com. Kot-kot ada saman untuk ku.

Fuuh.. tiada lagi setakat neh... tapiiiii.......... mungkin die lambat masuk sistem???

Papepon.. thanks pada yang sudi membaca siri travelog ku ke kelantan dan siap komen lagi. Amat dihargai. =)

Petang neh nak hantar ayah ke airport plak. huhu....

Saturday, July 3, 2010

travelog 04 - pendaftaran pelajar baru usm 2010 dan baju muslimah

Kesian adik aku. Dari semalam die tak lena tidur. Asyik terjaga jer. Mungkin sebab nervous akan ditinggalkan di USM nanti? Tinggal keseorangan? hehe..

Kampus USM untuk perubatan takdelah luas sangat kalau dibandingkan dengan  UMS.. atau Unimas. Aku pun terkejut tinguk keadaan hostel pelajar perempuan yang dilengkapi dengan perabot-perabot yang lama dan agak kotor. Ayat yang pertama keluar dari mulut adik aku tatkala menjejakkan kakinya masuk ke bilik hostelnya ialah, "Cantik lagi bilik aku semasa matiks"

Aku senyum jer. Bilik aku semasa Unimas pun lagi cantik.... umpama tinggal di sebuah apartment. Satu apartment itu diduduki 8 orang. Siap ade ruang tamu dan dapur lagi yooo.... Di seberang plak ialah hostel lelaki. Kalau bukan kami yang kena skodeng... kami lah yang jadi tukang skodengnya. hehehe..Tibe-tibe aku rindu kat UNIMAS yang serba moden tu.Dah empat tahun aku tak jejakkan kaki ke Sarawak.

Semasa adik aku sibuk menguruskan hal pendaftarannya.. aku lak sibuk nak jenguk bilik hostelnya dulu. Sambil-sambil itu nak tolong booking katil, almari dan meja belajar yang paling bagus dalam bilik yang dikongsi bersama 2 pelajar lain. Terkejut gak... roomate adik aku seorang cina. Ayah aku cakap.. "Baguslah tuh... nanti hen akan lebih fokus pada studi kalau berkawan dengan orang cina" Oh yaa... Hen itu merujuk pada adik aku. Nama kampungnya. =p

Hehehe..  positif sungguh ayah aku neh.

Siap urusan pendaftarannya dan sesi mengangkat barangannya masuk bilik... kami pun bergerak ke MAA Medicare Center kat jalan Telipot. Ayah ade appointment pukul 11 pagi.

Die masih kat sana pada saat aku menaip entri ini. Lepas hantar ayah kat sana.. aku berusaha mencari jalan ke Pasar Siti Khadijah. Tapi asyik sesat jalan je.. hohohohoho.....


Alhamdulillah jumpa... dan hajat ku nak beli baju muslimah dan keropok ikan tercapai. Sekali 5 helai baju ku rembat dari sana dengan harga RM22 sehelai. Kalau kat Kota Belud mau RM45 satu bah... =p

Semalam gi Mydin besar kat Kubang Kerian.. jakun jap bila masuk tempat tuh.. besar wooo!!! Kalah Mydin Kuala lumpur. Wakaka....

Ok ar... puas aku taip panjang-panjang sebab jumpa laptop berinternet. How? Biarlah rahsia.. hehehe...sekejap je neh. Pastuh nak off amik ayah dari pusat dialisi. Chow!